28hb Januari 2010 KOK LANAS – Seramai 20 orang pelajar Orang Asli dari suku Kengsiu dari Kg. Legong, Baling, Kedah telah tiba di Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) untuk menghadiri Kursus Pemahaman Islam (KPI) disini. Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan akan menjalani KPI selama 2 bulan dan umur mereka adalah dilingkungan 6 ke 18 tahun.
Sepanjang kursus ini mereka akan menghadiri Kelas Fardhu Ain, Kelas Iqra' dan latihan praktikal solat. Juga aktiviti ko kurikulum separti bersukan dan lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti Pantai Irama dan kawasana peranginan yang telah ditetapkan. Program ini adalah kerjasama diantara Islamic Outreach-Kelantan dan Pejabat Daerah Baling. Diharapkan di penghujung kursus ini , anak-anak orang asli ini dapat menguasai pemahaman asas agama Islam dan dapat melaksananya serta menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka di kampung nanti. Insyaallah…..