Berita dan Info

Pengenalan Kami

Selasa, 14 Disember 2010
SEJARAH PENUBUHAN

ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA) adalah salah sebuah agensi ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM). Ditubuhkan diperingkat pusat pada tahun 1986 dan di kembangkan ke Kelantan pada tahun 1988. 

VISI
Menjadi satu gerakan dakwah yang bergerak secara profesional di arus perdana.

MISI
Memperjuangkan cita-cita Islamiyyah dengan menyalurkan kebenaran Islam kepada masyarakat menerusi kegiatan ilmu daripada sumber yang sahih.

OBJEKTIF

1. Menyebarkan ajaran Islam kepada non-Muslim secara hikmah dengan pendekatan yang sesuai dengan
    latar belakang mereka.

2. Sentiasa mengambil tahu perkembangan saudara baru selepas mereka memeluk agama Islam dari segi
    tarbiyyah, kebajikan, kaunseling, pembangunan sosial, ekonomi dan sebagainya.

3. Mendekati dan menggerakan "ramaja hanyut" agar kembali kepada fitrah.

4. Menjana barisan sukarelawan yang berwibawa.
free counters