Berita dan Info

Program Anak Angkat Kg Plug, Pos Tuel

Selasa, 14 Disember 2010
Berkumpul sebelum pembahagian anak angkat


Bersama Ketua Kampung Kg Plug, Pos Tuel

 


 
 Perkenalan keluarga angkat dengan anak angkat


Assalammualaikum semua, alhamdulillah program anjuran IOA ini dengan kerjasama dari Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Condong dan Kolej Yayasan Islam Kelantan telah berjalan dengan baik. Biarpun tidak 100% berjaya namun sambutan dari keluarga dan para pelajar yang terlibat amat memberansangkan.
 Anak dan keluarga angkat dikebun


 Anak angkat mengimankan solat


 Makan bersama keluarga angkat



Acara membakar dan memakan nasi dalam buluh




Sepanjang program ini pelajar yang terbabit telah didedahkan dengan suasana kehidupan harian dikalangan penduduk kampung tersebut yang telah menjadi keluarga angkat mereka dan sebagai balasan para pelajar telah mengajar asas fardhu ain kepada ahli keluarga angkat mereka untuk memperkasakan lagi keimanan mereka. Di sebelah malam pula tazkirah serta Kelas Fardhu Ain secara berkelompok telah diadakan di surau kampung untuk perempuan dan bagi lelaki telah diadakan di balai sewang kampung. Sukan rakyat juga telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

AKTIVITI MALAM - KELAS FARDHU AIN DAN TAZKIRAH



SUASANA SUKAN RAKYAT
Malam Kesenian Islam telah diadakan pada malam terakhir di mana beberapa persembahan nasyid telah ditunjukkan. Penduduk kampung yang diketuai oleh penghulu kampung sendiri telah mempersembahkan Tarian Sewang yang merupakan satu tarian adat kepada para anak angkat mereka.
 
Akhir sekali IOA mengharapkan agar program ini dapat membuka ruang dan minat penduduk kampung untuk mempelajari dengan lebih dalam mengenai Islam serta mempraktikkannya.

m Bina Sahsiah Pelajar Muslim (KASIH '10)



Taman Aulia, Pulau Gajah, Sabak - IOA telah mengadakan Kem Bina Sahsiah Pelajar Muslim untuk semua pelajar-pelajar IOA di Kok Lanas. Kem ini telah diadakan dengan tujuan untuk memantapkan lagi sahsiah dan jati diri di kalangan pelajar serta kerjasama dikalangan mereka.

Lawatan Ustaz Sabri dari ABIM, Sabah





2 Feb 2010 KOK LANAS – PULDOA telah menerima kujungan dari ustaz Mohd Sabri Bin Abdullah dari ABIM Sabah yang juga merupakan Pengurus Rumah Putera Harapan Ranau, Sabah. Sepanjang lawatan, beliau telah melakukan beberapa kunjungan kepada cawangan ABIM di Kelantan dan Besut. Beliau juga telah membuat perjumpaan dengan pelajar-pelajar Sabah yang sedang berkursus di PULDOA dan yang telah melanjutkan pelajaran ke Institiut Dakwah Dan Islamiah PERKIM, Pangkalan Chepa. Perjumpaan itu adalah khusus untuk menyampaikan pesanan keluarga para pelajar di kampung serta mengetahui masalah-masalah pelajar di sini.

    Bersama dengan kedatangan beliau, 4 orang pelajar baru Sabah turut mendaftar sebagai pelajar baru di PULDOA dan akan berkursus sehingga mereka bersedia untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketibaan Pelajar Orang Asli Kengsiu Dari Kg Legong, Baling.


28hb Januari 2010 KOK LANAS – Seramai 20 orang pelajar Orang Asli dari suku Kengsiu dari Kg. Legong, Baling, Kedah telah tiba di Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) untuk menghadiri Kursus Pemahaman Islam (KPI) disini. Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan akan menjalani KPI selama 2 bulan dan umur mereka adalah dilingkungan 6 ke 18 tahun. 

    Sepanjang kursus ini mereka akan menghadiri Kelas Fardhu Ain, Kelas Iqra' dan latihan praktikal solat. Juga aktiviti ko kurikulum separti bersukan dan lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti Pantai Irama dan kawasana peranginan yang telah ditetapkan. Program ini adalah kerjasama diantara Islamic Outreach-Kelantan dan Pejabat Daerah Baling. Diharapkan di penghujung kursus ini , anak-anak orang asli ini dapat menguasai pemahaman asas agama Islam dan dapat melaksananya serta menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka di kampung nanti. Insyaallah…..

HUBUNGI KAMI


PUSAT LATIHAN & DAKWAH ORANG ASLI (PULDOA)
Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan.
Tel : 609 788 3878  Fax 609 788 3342
Emel : ioakelantan@yahoo.com
Facebook : ioa kelantan ioa
free counters